Tarikh Dan Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online

Tarikh Dan Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online

Tarikh Dan Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online – Bedasarkan sumber yang telah diperolehi dari Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ), tarikh bagi keputusan UPSR pada tahun 2018 telah dipilih pada bulan November 2018. Kelewatan pengeluaran keputusan peperiksaan UPSR tahun 2018, disebabkan peperiksaan UPSR 2018 lewat diadakan kerana terdapat beberapa cuti umum pada awal dan pertengahan bulan September.

Sehubungan dengan itu, ( KPM ) Kementerian Pendidikan Malaysia memohon pelajar-pelajar tahun 6 untuk mendapatkan pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah ( PPSR ) 2018 dan juga mendapatkan sijil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) pada tarikh yang sama dikeluarkan.

 

Tarikh Dan Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online

Pada tarikh rasmi yang telah dikeluarkan oleh KPM bagi keputusan UPSR 2018 akan dikeluarkan nanti, bagi calon boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui sekolah masing-masing bermula jam 10:00 pagi.

selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) turut menyediakan perkhidmatan semakan ringkas keputusan secara sistem pesanan ringkas mySMS 15888

Berikut dibawah adalah perkongsian maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 diumumkan keluar dan cara semakan untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

 Tarikh Keputusan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) Dikeluarkan

Tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 yang dikeluarkan oleh KPM adalah pada – 29 November 2018 ( Khamis ).

 

Cara Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online

Semakan keputusan UPSR scara online melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian ( SPPAT ) hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

  • Sistem Aplikasi Semakan Keputusan UPSR 2018 Online – Klik disini

Cara Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara SMS

semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas ( mySMS 15888 ) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperi berikut.

  • Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
  • Contoh : UPSR JK021A042 sms ke 15888
  • Boleh rujuk gambar yang disediakan

cara semakan keputusan upsr melalui sms

Untuk pengetahuan, semakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi, 29 November 2018 dan akan ditamatkan pada jam 6:00 petang, 8 Disember 2018.

Semoga pengkongsian ini dapat menbantu semua dan diharap kepada mereka yang akan membuat semakan, semoga mendapat keputusan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *