Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Ibu Bapa Secara Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Ibu Bapa Secara Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Ibu Bapa Secara Online – Untuk pengetahuan umum, Saps ibu bapa adalah satu sistem aplikasi online. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Saps) ibu bapa merupakan analisis peperiksaan sekolah yang telah dibangunkan bagi menyimpan, mengumpul dan menganalis data keputusan peperiksaan murid di sekolah.

Sistem ini diwujudkan secara atas talian online bagi memudahkan semua pihak yang mengunakannya. Pihak yang mengunakan sistem ini termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Dengan adanya sistem SAPS, ianya dapat memudahkan ibu bapa dan guru-guru bagi membuat semakan keputusan peperiksaan.

SAPS ibu bapa ini cuma boleh membuat semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah tahun 1 hingga tahun 6 dan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5. SAPS ibu bapa tidak akan memaparkan keputusan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM. Ibu bapa boleh mendapatkan sijil UPSR, PT3, dan SPM di sekolah pengajian tersebut.

SAPS Ibu Bapa membolehkan ibu bapa mengetahui markah peperiksaan anak-anak mereka bagi setiap pelajaran serta dapat mengetahui kedudukan anak-anak di dalam kelas.

sistem analisis peperiksaan sekolah

Semakan Keputusan Peperiksaan Saps Ibu Bapa Secara Online

Cara Menggunakan SAPS Bagi Guru

1. Buka laman web SAPS – klik disini –

2. login

3. Masukkan ID Pengguna

4. Masukkan Kata Laluan

5. Klik Log In

6. Halaman sterusnya akan dipaparkan

Cara Menggunakan SAPS bagi Ibu Bapa

1. Buka laman web SAPS di google search – klik disini

2. Pilih semakan bagi ibu bapa

3. Masukkan kad pengenalan atau sijil anak-anak

4. Pilih sekolah rendah atau sekolah menegah

5. pilih tahun

6. Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan

7. Pilih pada analisis markah yang terdapat pada slip atau markah peperiksaan

8. Slip keputusan atau markah peperiksaan akan dipaparkan

Sistem yang dibangunkan oleh KPM ini sebenarnya adalah untuk membantu bagi memudahkan segala kerja bagi guru-guru serta dapat membantu ibu bapa bagi memantau setiap prestasi pelajaran anak-anak.

selamat membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar. semoga semakan ibu bapa ini dapat membantu semua pihak yang menggunakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *