Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia

Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia

Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia. PUTRAJAYA : Perbandingan Gred Purata Nasional ( GPN ) pada tahun 2017 dan tahun sebelumnya iaitu tahun 2016 telah dicatatkan dan kelihatan ada peningkatan untuk tahun 2017. Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian ini lebih baik jika dilihat berbanding pada tahun 2016 iaitu 5.05.

Ketua pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pencapaian calon dibandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada tahun 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding tahun 2016 dengan 5.36 bagi luar bandar.

Analisis Keutusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia

Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia

Analisis-analisis bagi keputusan SPM sentiasa akan dilakukan dari tahun ke tahun. Analisis keputusan SPM 2017 sekolah di Malaysia, ternyata secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

Untuk makluman, sekiranya inginkan maklumat mengenai selanjutnya boleh terus ke laman potral rasmi Kemnterian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan daripada kualiti jawapan calon, 27 peratus calon mampu menguasai KBAT tahap tinggi, manakala 39 peratus tahap sederhana dan 34 bagi peratus tahap rendah.

Calon mampu menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap yang sederhana.

Katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2017 disini, hari ini.

Prestasi Ada Peningkatan

Selain daripada itu, beliau berkata, bahawa sebanyak 48 dari 73 mata pelajaran mencatatkan meningkatkan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah.

Analisis Keputusan SPM 2015 dan 2016 Sekolah Di Malaysia

 

Anlisis Keputusan SPM 2015

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.15. Seramai 9,721 calon SPM mendapat A (A+ A A-) dalam semua mata pelajaran yang telah diduduki. Peratus yang memperolehi gred A+ adalah 2.6 peratus iaitu seramai 163 calon.

Pencapaian GPN bagi calon luar bandar 5.44 pada tahun 2015. Manakalah pencapaian GPN bagi calon  di bandar 4.94 pada tahun 2015.

 

Analisis Keputusan SPM 2016

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) dengan 5.10 yang lebih baik daripada catatan tahun 2015. Seramai 8,647 daripada 434,535 atau 2.13 peratus calon memperolehi A (A+ A A-) dalam semua pelajaran yang telah diduduki. Calon SPM yang memeperolehi A+ pada tahun 2016 adalah seramai 102 calon atau 1.94 peratus.

Pencapaian GPN bagi calon luar bandar pada tahun 2016 adalah 5.36 peratus. Manakalah pencapaian GPN bagi calon di bandar iaitu sebanyak 4.89 pada tahun 2016.

 

Semoga Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia ini bermanfaat.

One thought on “Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *