Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019. Untuk makluman, kepada semua pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah ( Mesir, Jordan dan Morocco ) bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara secara dalam talian rasmi.

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Timur Tengah 2018/2019

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019

Permohonan Melanjutkan Pengajian Di Mesir Dan Jordan 2018/2019. Seperti sedia maklum, kepada semua pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Timur tengah bagi sesi 2018/2019 perlu membuat permohonan secara talian di pautan : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php

 

Cara-cara Untuk Memohon Pengajian di Timur Tengah

  1. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian seperti pautan yang disediakan: https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php
  2. Pemohon digalakkan baca maklumat permohonan 2018 sebelum memohon masuk ke dalam sistem
  3. Sila baca prosedur dan panduan terkini timur tengah 2018 sebelum memohon masuk ke dalam sistem.
  4. Bagi memudahkan kelancaran proses memuat naik gambar semasa mengisi borang, anda dikehendaki untuk menyediakan gambar yang berukuran passport dalam format ( *jpg, *png, *jpeg ) yang bersaiz tidak melebihi (1MB).

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan di atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuka pada 17 Januari 2018 (Rabu) pukul 12:00 tengahari dan tarikh permohonan akan tutup pada 29 Mac 2018 (Khamis) pukul 5:00 petang selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Bagi pengetahuan semua pemohon, permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, pergigian dan Farmasi hanya boleh diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja.

Untuk makluman juga, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri. Kementerian Pendidikan Timggi (KPT) tidak akan melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Maklumat Pemohonan Pengajian Di Timur Tengah

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menhubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi Seperti berikut :

Bahagian Education Malaysia,

jabatan Pendidikan Tinggi,

Kementerian Pendidikan Tinggi,

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6,

Presint 5, 62200 Putrajaya,

No. Tel : 03-8870 6627 / 03-8870 6226,

No Faks : 03-8870 6853.

Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *